HARGA bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) untuk motosikal melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah - mencecah $8,081, apabila tender ditutup pada 4 petang tadi.
Harga COE untuk kereta, yang berkuasa 1,600cc dan 130bhp mencapai $51,765 - paras tertinggi dalam tempoh empat bulan berbanding $50,789 sebelum ini.
Harga COE bagi kereta 1,600cc atau 130 bhp juga mencatat harga tertinggi dalam tempoh empat bulan - $54,000 berbanding $53,300 sebelum ini.
Harga COE bagi Kategori terbuka yang sering digunakan untuk pembelian kereta besar, juga mencatat kenaikan - $54,501 berbanding $53,001 sebelumnya.
Harga COE bagi motosikal sebelum ini ialah $7,483.