Harga emas naik hampir 2% ke paras tertinggi dalam lima bulan

NEW YORK/LONDON: Harga emas naik hampir 2 peratus ke paras tertinggi dalam masa lima bulan kelmarin, sedang pelabur merebut aset itu, yang dianggap selamat daripada risiko di tengah-tengah keprihatinan keselamatan dan politik yang memuncak di Korea Utara dan Timur Tengah serta pilihan raya presiden Perancis yang menjelang.

Ketegangan global meningkat sedang negara Barat dan sekutu dari Timur Tengah menggesa agar dipinggirkan Presiden Syria, Encik Bashar Al-Assad, menyusuli serangan kimia di negaranya minggu lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan