Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Harga flat jualan semula HDB mendatar, jumlah urus niaga naik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONIAGA

Harga flat jualan semula HDB mendatar, jumlah urus niaga naik

Jul 23, 2016 | 05:30 AM



MENUNJUKKAN tanda kestabilan dalam pasaran flat jualan semula HDB, indeks harga flat jualan semula mendatar bagi suku kedua tahun ini, berbanding suku pertama.



Indeks harga susut 0.1 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini dan susut 0.2 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu, menurut kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Namun, jumlah urus niaga flat jualan semula meningkat 31.2 peratus mencapai 5,838 kes bagi suku kedua tahun ini disebabkan faktor musiman.



Jumlah urus niaga flat jualan semula biasanya meningkat pada suku kedua sejak 15 daripada 16 tahun lalu.



Satu lagi sebab mengapa jumlah urus niaga meningkat ialah kerana lebih banyak projek flat dan rumah privet yang siap tahun ini.



"Mereka yang membeli rumah baru itu akan menjual flat mereka bagi membiayai rumah baru mereka,'' ujar Encik Nicholas Mak, Pengarah Eksekutif SLP International Property Consultants.



Kestabilan harga flat jualan semula merupakan satu petanda langkah meredakan harga pasaran perumahan dilaksanakan pemerintah Singapura menunjukkan hasil walaupun pemerintah tidak menunjukkan langkah terburu-buru menarik balik sekatan tersebut.



"Dengan harga stabil, urus niaga dijangka meningkat. Pembeli yang sebelum ini berada di pinggir harus faham bahawa harga tidak akan merosot lagi di paras ini dan ini adalah harga 'norma' yang baru,'' ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor.



Encik Mak menganggarkan harga flat jualan semula akan mencecah -1 peratus hingga 1 peratus sepanjang tahun ini.



Bagi separuh pertama tahun ini, HDB menawarkan 13,110 flat meliputu 7,940 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dan baki flat sebanyak 5,170. HDB akan menawarkan sekitar 4,800 flat BTO di Hougang, Sembawang, Tampines dan Yishun.



HDB menyatakan jumlah permohonan bagi menyewakan flat meningkat 5.2 peratus mencapai 11,824 kes bagi suku kedua. Sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 52,171 flat disewakan - satu kenaikan sebanyak 2.2 peratus berbanding suku pertama.



Dalam pada itu, harga rumah privet susut 0.4 peratus bagi suku kedua tahun ini, berbanding kemerosotan 0.7 peratus pada suku pertama.



Harga rumah berhalaman susut lebih tinggi sebanyak 1.5 peratus, berbanding harga apartmen dan kondominium yang turun 0.4 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >