Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Harga flat jualan semula HDB mungkin susut 6-10% tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga flat jualan semula HDB mungkin susut 6-10% tahun ini

NORHAIZA HASHIM
Mar 11, 2014 | 07:33 PM

HARGA flat jualan semula dijangka merosot 6 hingga 10 peratus tahun ini kepada 'paras lebih realistik' selepas pemerintah meniadakan amalan menggunakan wang tunai atas taksiran (COV) dalam proses jual beli flat, menurut para pengamat.

Ini kerana bakal pembeli dan penjual flat dijangka lebih berhati-hati dan terdorong menetapkan harga flat lebih rendah.

Mereka tidak lagi boleh mendapatkan harga taksiran daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi menetapkan harga flat semasa rundingan harga dijalankan.

Sebaliknya, harga taksiran akan hanya dapat diperolehi daripada HDB selepas Opsyen Untuk Membeli (OTP) didapatkan oleh bakal pembeli selepas harga belian flat ditetapkan.

Lantas, bakal pembeli dan penjual flat terpaksa merujuk kepada harga penjualan semula flat lain yang sudah didaftarkan dan dipaparkan oleh HDB setiap hari dalam lamannya.

"Oleh kerana bakal pembeli dan penjual tidak mempunyai harga taksiran sebagai asas merunding harga, mereka lebih terdorong menetapkan harga yang lebih rendah atau setimpal dengan harga jualan semula flat lain di blok yang sama atau berdekatan,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, ketika dihubungi hari ini (11 Mac 2014).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3