HARGA flat jualan semula HDB pada Januari jatuh 0.3 peratus daripada Disember tahun lalu.
Bagi flat tiga dan empat bilik, harganya masing-masing jatuh 0.6 peratus dan 0.5 peratus, manakala harga flat lima bilik dan eksekutif masing-masing naik 0.4 peratus dan 0.9 peratus, menurut kemas kini daripada SRX Property.
Harga flat jualan semula HDB di estet matang jatuh 0.7 peratus, sementara harga di estet belum matang kekal sama.
Jumlah flat yang dijual semula juga berkurangan, dengan 1,174 unit dijual pada Januari, berkurangan 13.9 peratus daripada 1,364 unit sebulan sebelumnya.
Median transaksi berbanding nilai X (TOX) mengukur sama ada pembeli flat membayar lebih tinggi atau kurang daripada angaran nilai pasaran sesebuah flat.
Secara keseluruhan, pembeli membayar $3,000 di bawah anggaran nilai pasaran pada Januari.
Dalam kalangan estet HDB yang mempunyai lebih 10 urus niaga jualan semula, Geylang melaporkan harga melebihi nilai pasaran tertinggi, iaitu $5,500, diikuti oleh $4,000 di Tampines.
Punggol mencatatkan harga bawah nilai pasaran terendah, iaitu $8,500, diikuti dengan Yishun dan Toa Payoh pada $8,000.