HARGA flat jualan semula terus jatuh, berkurangan 1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku lalu, menurut anggaran awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.
Ini merupakan kejatuhan harga tujuh suku berturut-turut, sedang langkah pemerintah meredakan pasaran terus menjejas harga flat.