SYDNEY: Pengawal selia di Australia meningkatkan pemantauan terhadap sektor hartanah selepas data baru di beberapa bandar raya negara itu menunjukkan kenaikan tertinggi harga hartanah dalam tempoh tujuh tahun.
Badan pengawas korporat Australia semalam berkata ia telah melancarkan pusingan baru pemantauan industri bagi memastikan bank dan broker tidak mengenakan pinjaman faedah terlalu tinggi kepada pengguna.