Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Harga minyak dunia kekal utuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga minyak dunia kekal utuh

Apr 10, 2017 | 09:42 AM



SINGAPURA: Harga minyak kekal utuh hari ini, disebabkan permintaan yang tinggi dan ketidaktentuan politik di Syria, meskipun meningkatnya kegiatan penggerudian di Amerika membataskan keuntungan, lapor agensi berita Reuters.



Harga hadapan minyak mentah Brent LCOc1, paras antarabangsa untuk minyak, mencecah $55.39 setong pagi ini, meningkat 15 sen, atau 0.3 peratus, berbanding harga sebelumnya.



Nilai hadapan minyak mentah Amerika West Texas Intermediate (WTI) CLc1 juga meningkat 24 sen atau 0.5 peratus, mencecah $52.48 setong.



Pedagang berkata, harga minyak disokong oleh permintaan yang tinggi, dan juga ketidaktentuan politik menyusuli serangan udara Amerika ke atas Syria pada minggu lalu.



Bank ANZ hari ini menyatakan, permintaan minyak yang tinggi dan "latar keadaan dunia yang tidak menentu telah menyaksikan pasaran menikmati keseimbangan yang tipis".



Bagaimanapun, meningkatnya penggerudian minyak di Amerika, sejak 12 minggu lalu kepada 672 pelantar - paras tertinggi sejak Ogos 2015 - telah menyebabkan pasaran tidak mampu melepasi harga $56 bagi setiap tong minggu lalu - harga tertinggi untuk sebulan.



Bank Amerika, Goldman Sachs, berkata, perangkaan pelantar minyak untuk tahun-ke-tahun bagi pengeluaran minyak Amerika "akan meningkat sebanyak 215,000 tong sehari pada 2017", sebaik pengeluaran tertunda yang masih menunggu untuk dikembalikan secara dalam talian atau "online" diambilkira.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >