Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Harga minyak lepasi paras AS$40

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga minyak lepasi paras AS$40

Mar 18, 2016 | 03:53 PM



HARGA minyak terus mencatatkan kenaikan dalam dagangan Asia hari ini, sehari selepas kontrak utama minyak Amerika melepasi paras harga AS$40 untuk pertama kalinya tahun ini.



Kenaikan tersebut berlaku di sebalik nilar dolar Amerika yang lemah dan harapan yang diletakkan dalam rundingan mengenai bekalan minyak yang dijadual berlangsung bulan depan.



Sejak beberapa minggu lalu, para pelabur mula melabur semula dalam komoditi tersebut, yang harganya sebelum ini berada di paras terendah dalam tempoh 13 tahun bulan lalu.



Menteri Tenaga Qatar Mohammed al-Sada mengesahkan minggu ini bahawa pengeksport minyak dalam dan di luar Opec akan mengadakan pertemuan pada 17 April di Doha.



Ini sekaligus memberi harapan bahawa satu perjanjian akan dimeterai untuk mengurangkan bekalan minyak yang berlebihan.



Inisiatif itu disokong oleh 15 negara yang mengeluarkan sekitar 73 peratus hasil minyak, kata Encik Mohammed al-Sada, yang merupakan presiden Opec.



Dalam dagangan hari ini, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) yang akan dihantar bulan depan naik 11 sen kepada paras AS$40.31.



Minyak Brent bagi bulan Mei pula naik 2 sen kepada paras AS$41.56.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >