Harga pengguna April jatuh, 18 bulan berturut-turut, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Ekonomi & Kerja0

Harga pengguna April jatuh, 18 bulan berturut-turut

May 23, 2016 | 02:37 PM

INDEKS harga pengguna (CPI), iaitu ukuran inflasi, Singapura jatuh lagi pada April - bulan ke-18 berturut-turut.

Ia tempoh paling lama harga jatuh di sini sejak 1977.

Inflasi harga pengguna utama jatuh 0.5 peratus bulan lalu daripada April tahun lepas, disebabkan terutamanya oleh kejatuhan berterusan kos pengangkutan jalan privet, menurut satu kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (23 Mei).

Kejatuhan itu lebih kecil sedikit daripada ramalan penurunan 0.7 peratus oleh pakar ekonomi, dan separuh daripada kejatuhan 1 peratus pada Mac lalu, sebahagian besarnya disebabkan asas rendah rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan yang diberi pada April 2015, ujar mereka.

Kos pengangkutan jalan privet jatuh 7.1 peratus pada April berbanding setahun lalu, tetapi lebih besar daripada kemerosotan 5.9 peratus pada Mac.

Discover Malay Home Based Businesses

Ini terutamanya disebabkan penurunan lebih besar harga kereta lantaran kejatuhan harga Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan dan harga pam minyak petrol.

Bagaimanapun, harga lain terus naik.

Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan jalan privet, naik 0.8 peratus pada April, daripada 0.6 peratus pada bulan lalu, terutamanya disebabkan inflasi perkhidmatan yang lebih tinggi serta penurunan lebih kecil tarif elektrik.

MAS berkata inflasi teras dijangka meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun ini, sebahagiannya kerana harga minyak dijangka lebih tinggi sedikit pada separuh kedua tahun ini berbanding separuh pertama.

Kesan disinflasi langkah Belanjawan dan program sekali sahaja lain juga akan berkurangan dengan peredaran masa. Langkah-langkah itu termasuk subsidi perubatan di bawah Pakej Generasi Perintis, pengurangan konsesi levi pembantu rumah asing, serta pemansuhan yuran peperiksaan nasional bagi rakyat Singapura yang dilaksana tahun lalu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map