Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Harga rumah privet terus menguncup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga rumah privet terus menguncup

Apr 29, 2017 | 05:30 AM



HARGA rumah privet terus turun pada suku pertama tahun ini, mencatat kejatuhan 14 suku berturut-turut.



Menurut perangkaan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam, harga rumah privet turun 0.4 peratus daripada suku sebelumnya.



Harga rumah privet tidak berhalaman tidak berubah pada suku pertama, selepas mengalami kejatuhan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.



Bagaimanapun, harga hartanah berhalaman menyaksikan kejatuhan paling tinggi - 1.8 peratus, berbanding 0.8 peratus pada suku sebelumnya, sekali gus menjadi faktor utama yang menjejas harga perumahan privet pada keseluruhannys.



Dalam segmen perumahan tidak berhalaman, termasuk kondominium, hanya harga rumah di kawasan pusat bandar menguncup, sebanyak 0.4 peratus, berbanding kenaikan 0.1 peratus pada suku sebelumnya.



Sementara itu, harga rumah di baki kawasan bandar dan luar bandar pulih pada suku pertama tahun ini, masing-masing naik 0.3 peratus dan 0.1 peratus, setelah masing-masing jatuh 2 peratus dan 0.6 peratus.



Memandang ke hadapan, Dr Lee Nai Jia, Ketua Kajian Asia Tenggara Edmund Tie & Company, berkata:



"Kemungkinan pasaran hartanah turun lagi adalah lebih rendah dan kami menjangka harga pasaran ini kekal stabil.



"Pendekatan secara berhati-hati dalam penawaran tapak tanah menerusi tender Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) juga akan menggalak lebih banyak penjualan en bloc.



"Sekitaran pasaran yang stabil akan menyokong urus niaga sedemikian."



Perangkaan URA menunjukkan kadar sewa bagi rumah privet juga bertambah lemah pada suku pertama tahun ini, menguncup 0.9 peratus.



Ini menyusuli penurunan 1 peratus daripada suku ketiga hingga suku keempat tahun lalu.



Kadar rumah privet baru yang kosong, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), ialah 8.1 peratus pada akhir Mac - lebih rendah daripada 8.4 peratus pada suku sebelumnya.



Secara keseluruhan, pemaju hartanah menjual 2,962 rumah privet, tidak termasuk EC, pada suku pertama tahun ini.



Ini lebih tinggi daripada 2,316 unit pada suku sebelumnya.



URA juga menarik perhatian bahawa terdapat 18,870 rumah belum siap yang belum terjual pada akhir suku pertama.



Ia merangkumi 15,930 apartmen privet dan 2,940 EC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >