KESAN COVID-19 TERHADAP EKONOMI
Harga saham pulih tetapi ketidaktentuan dijangka berterusan
Mar 11, 2020 | 05:30 AM
KEBANYAKAN harga saham di Asia menunjukkan tanda kestabilan semalam selepas menjunam teruk kelmarin.
Selepas menjunam ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia, harga saham di Singapura, Sydney, Hongkong dan Shanghai pulih selepas terdapat spekulasi bank-bank pusat akan menstabilkan keadaan.