PEMERINTAH akan menyediakan lebih banyak maklumat mengenai harga sewa bagi ruang runcit, pejabat dan perindustrian bagi membantu syarikat-syarikat merujuk kadar sewa yang ditawarkan.
Langkah itu dilaksanakan bagi membaiki ketelusan dalam pasaran sedang banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) terhimpit dek harga sewa yang meningkat.