Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Alibaba kaup jualan AS$10 bilion dalam sejam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Alibaba kaup jualan AS$10 bilion dalam sejam

Nov 11, 2017 | 01:30 PM



SHANGHAI: Gergasi dagang elektronik - e-dagang- China Alibaba melihat hasil penjualan  mencecah AS$16 bilion ($21.8 bilion) pada pertengahan pagi pada 11 November, selepas tempoh jualan hebat  dibuka pada pada tengah malam, bagi menyambut Hari Bujang.



Hari Bujang - yang dimulakan sebagai perayaan untuk warga yang belum mendirikan rumah tangga - telah berkembang sebagai acara jualan hebat 24 jam yang meraih pendapatan lebih tinggi berbanding Jumaat Hitam (Black Friday) dan Isnin Siber (Cyber Monday) di Amerika Syarikat.



Acara ini juga kian menjadi ukur tara tabiat dan kuasa membeli warga China.



Jumlah barangan yang dijual di wadah dagang Alibaba mencapai AS$10 bilion dalam sekitar sejam selepas sambuta dilancarkan dan hasil jualan 24 jam dijangka melebihi rekod tahun lalu sejumlah AS$17.7 bilion.



Hari Bujang menggalakkan pelanggan untuk membeli barangan di dalam talian - dengan potongan harga besar. Pekerja pengirim barang - termasuk robot - dijangka perlu mengirimkan 1.5 bilion bungkusan dalam tempoh enam hari mendatang.



“Ini adalah acara besar bagi China, bagi ekonomi China,” kata Joseph Tsai, perintis bersama Alibaba dan kini naib pengerusinya.



“Pada Hari Bujang, membeli-belah adalah bak sejenis sukan, ia menghiburkan,” tambah Tsai.



Menurut Tsai, lebih 300 juta pelanggan dari kelas pertengahan bertanggungjawab bagi hasil jualan yang tinggi - sesuatu yang dijangka berterusan. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >