BEKERJA rapat dengan agensi ekonomi, syarikat dan kesatuan sekerja bagi mewujudkan ekonomi rancak di samping meneliti perubahan besar dalam ekonomi global ialah dua tugas utama Menteri Kewangan yang baru dilantik, Encik Heng Swee Keat.
Encik Heng juga berkata usaha menyemak dan menilai ekonomi bertepatan pada waktunya kerana keadaan ekonomi dan kewangan global yang pesat berubah.