ENCIK Ismail Hussein antara penggerak utama industri perbankan Islam di Singapura. Sebagai pemangku ketua perbankan Islam di Maybank Singapura, beliau telah banyak memperkenal produk inovatif perbankan Islam.
Baru-baru ini, beliau mencalonkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP). Pencalonan beliau dibuat menerusi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS).