Hotel Andaz projek usaha sama S'pura-M'sia
Jan 28, 2015 | 10:44 AM
SYARIKAT usaha sama Temasek Holdings dan Khazanah Nasional, M+S Pte Ltd, telah memilih Hyatt Hotels & Resorts bagi menguruskan sebuah hotel sebagai sebahagian daripada projek bersepadunya, DUO, di kawasan Ophir-Rochor.
Diberi nama Andaz Singapore, hotel di bawah jenama hotel Andaz kumpulan Hyatt itu dijangka dibuka pada 2017.