Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Hutang kereta kian besar, kegagalan bayar hutang berkurangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hutang kereta kian besar, kegagalan bayar hutang berkurangan

Feb 06, 2017 | 12:41 PM



PEMBELI kereta mengambil pinjaman lebih besar berikutan kelonggaran ke atas sekatan pinjaman kereta Mei lalu, manakala bilangan peminjam yang gagal membayar pinjaman berkurangan, menurut satu kajian oleh Biro Kredit Singapura (CBS).



Pada Disember tahun lepas (2016), pemandu meminjam purata $65,868 bagi membiayai pembelian kereta baru dan terpakai, menurut kajian itu, yang dikeluarkan pada Isnin (6 Feb).



Ini peningkatan sebanyak 22.5 peratus daripada pada Mei 2016 apabila Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan sekatan pinjaman kereta, dan sebanyak 10.9 peratus daripada Disember 2015, apabila jumlah pinjaman purata ialah $59,408.



Pada Mei 2016, MAS mengumumkan sehingga 70 peratus harga beli kereta yang mempunyai nilai pasaran terbuka (OMV) $20,000 atau kurang boleh dipinjam, berbanding 60 peratus sebelum itu.



Bagi kereta dengan OMV lebih $20,000, sehingga 60 peratus daripada harga belinya boleh dipinjam, bertambah daripada 50 peratus.



Tempoh pinjaman pula ditambah kepada tujuh tahun, dari lima tahun sebelum ini.



Sekatan ke atas pinjaman kereta dilaksana pada 2013. Sebelum itu, pembeli dibenarkan mengambil pinjaman hingga 100 peratus harga beli kereta, dengan tempoh pinjaman hingga 10 tahun.



Kajian itu - berdasarkan 244,488 peminjam pinjaman kereta dalam pangkalan data CBS - juga mendapati walaupun komitmen hutang lebih besar, bilangan penghutang bermasalah telah berkurangan.



Pada Disember 2016, kira-kira 1.3 peratus daripada pemegang pinjaman kereta mempunyai ansuran tertunggak lebih 30 hari, berkurangan daripada 2 peratus pada Disember 2015.



"Kadar kegagalan melunas pinjaman kereta telah berkurangan ke tahap sangat sihat. Kadar 1.3 peratus pada Disember tahun lalu merupakan pengurangan 66.0 peratus daripada kadar tinggi 3.82 peratus yang dicatat pada 2012, sebelum sekatan ke atas pinjaman kenderaan bermotor oleh MAS," kata pengarah eksekutif CBS, Encik William Lim.



Beliau menambah bahawa pinjaman lebih besar dan kadar kegagalan lebih rendah itu hasil pemberi pinjaman menawarkan "pinjaman bertanggungjawab" berdasarkan data lebih menyeluruh, dan pembeli kereta berhemah dek ramalan ekonomi lembap.



"Kami menjangka keadaan baki pinjaman semakin meningkat dan kadar kegagalan mantap berterusan, jika tiada sembarang kesusahan ekonomi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >