Ibu tunggal raih ilmu bisnes majukan niaga kek di rumah
Dua peniaga kecil-kecilan yang telah melengkapkan Program Perniagaan Mikro AMP berkongsi dengan BERITA HARIAN bagaimana program itu telah membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.
Feb 13, 2020 | 05:30 AM
APABILA Cik Nurseriwaty Rahim memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan di rumah pada 2013, beliau melakukannya bukan kerana minat tetapi sekadar mahu menampung keluarganya.
Ini lebih-lebih lagi memandangkan seorang anaknya berkeperluan khas dan memerlukan tumpuan sepenuhnya.