Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ikut rentak perniagaan sesuai dengan peredaran zaman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

PERTINGKAT NIAGA 'ONLINE' SEMASA WABAK COVID-19

Ikut rentak perniagaan sesuai dengan peredaran zaman

Mar 24, 2020 | 05:30 AM



Sementara tabiat beli-belah dalam talian semakin meningkat, apa yang menjadi lebih penting bagi peruncit hari ini adalah melaksanakan pendekatan pengalaman runcit bersepadu - dalam dan luar talian - untuk pengguna. Ini kerana ia terus relevan dalam dunia runcit hari ini. Keadaan ini ketara dengan lebih banyak peruncit dalam talian yang turut menubuhkan kedai fizikal seperti peruncit berpangkalan di China, Tao Bao, kerana sedar pendekatan bersepadu ini saling melengkapi strategi dalam talian. #PASARAN meninjau.



SEJAK mula berjinak-jinak berniaga secara dalam talian pada 2017, sambutan yang diterima syarikat Al Barakah agak positif.



Ini terus mendorong syarikat itu menjadi lebih serius serta menawarkan khidmat dalam talian sepenuhnya pada awal 2018.



Kini pelanggan Al Barakah Health & Beauty Mart yang memiliki 12 cawangan kedai, juga boleh menikmati khidmat mudah dengan hanya satu klik sahaja - menerusi laman web shop.barakah.sg.



Malah, wadah pembelian ini semakin mendapat permintaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang ini ramai pengguna setempat terjejas oleh penularan koronavirus Covid-19.



Strategi penjualan yang bersifat bersepadu ini menjadi pegangan syarikat itu hari ini, kata Pengarah pemasaran Al Barakah, Encik Muhammad Nasruddin Abdul Rahman.



Menurutnya, penjualan dalam talian kini membentuk 10 peratus daripada penjualan keseluruhan.



Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata:



"Pada awal bermulanya berniaga secara dalam talian adalah pada April 2017 dan kami mendapati reaksi berniaga dalam talian ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.



"Jadi, daripada mula berjinak-jinak secara kecil-kecilan sehingga kami bermula dengan serius pada awal 2018."



Mengenai faktor yang mendorong syarikat itu meneroka bidang dalam talian, Encik Nasruddin berkata rentak perniagaan telah berubah mengikut peredaran zaman.



"Dengan melihat perubahan pasaran berniaga, terkadang pelanggan kami tidak dapat turun membeli di cawangan berdekatan mereka disebabkan masa operasi yang terhad.



"Jadi, kami fikirkan strategi membuka platform secara dalam talian yang membolehkan mereka membeli-belah 24 jam melalui talian walaupun mereka berada di rumah dan produk yang ditawarkan dalam laman web kami ada seperti apa yang ada di cawangan kami," ujarnya.



Dalam membuat persiapan untuk memperkenal khidmat dalam talian itu, Encik Nasruddin berkata dari segi pemasaran, antara lain yang dilakukan adalah melatih dan memastikan kakitangan di setiap cawangan mampu memasarkan secara langsung kepada pelanggan.



"Pekerja juga perlu menyampaikan kepada pelanggan bahawa kami menyediakan penghantaran ke rumah dengan pembelian melalui dalam talian.



"Kami juga menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memaklumkan tentang khidmat dalam talian yang kami tawarkan," terangnya.



Hasil pendekatan penjualan bersepadu itu, sambutan yang diterima sejauh ini amat menggalakkan, kata Encik Nasruddin.



Sementara ada pelanggan lebih gemar berbelanja dalam talian kerana memudahkan mereka dalam membuat pilihan, kedai fizikal terus kekal relevan.



"Walaupun dalam talian kami semakin bergerak cergas dengan tempahan produk tanpa henti, pelanggan setia kami boleh juga melakukan pembelian di cawangan berhampiran kerana ada antara mereka lebih suka melihat produk secara fizikal sebelum membeli.



"Jadi, pilihan mereka lebih terbuka luas sama ada boleh juga ke cawangan berhampiran ataupun pesanan melalui online jika mereka tidak sempat turun ke cawangan berhampiran.



"Pelanggan dalam talian kami lebih yakin dengan produk di kedai dalam talian kami kerana menawarkan produk asli dengan mutu terbaik di samping harga berpatutan, lagipun tempahan boleh dihantar pada hari yang sama," jelasnya.



Justeru, kedua-dua platform tersebut menjanjikan tawaran perkhidmatan terbaik yang lebih fleksibel untuk pelanggan dalam membuat pilihan, ujar Encik Nasiruddin.



Mengenai trend masa depan yang dijangkakan, Encik Nasiruddin berkata hakikat hari ini adalah generasi sekarang lebih suka berbelanja secara dalam talian.



Ini kerana masyarakat pengguna sepanjang masa menggunakan telefon bimbit atau telefon bijak dan tidak pernah lepas daripadanya.



"Ini menunjukkan era teknologi dan peredaran zaman perniagaan berubah begitu cepat dan pantas.



"Kami perlu lebih mengikut peredaran zaman tentang teknologi semasa yang berkembang pesat dan secara tidak langsung memudahkan urusan harian mereka yang semakin sibuk.



"Maka itu, pilihan membuat pesanan melalui dalam talian adalah satu pilihan yang tepat dari segi penjimatan wang, masa dan tenaga," tambah Encik Nasiruddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >