Ikuti kursus F&B bagi tingkat kemahiran dan diri, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

Ikuti kursus F&B bagi tingkat kemahiran dan diri

Feb 28, 2018 | 05:30 AM

CIK Rafidah Omar mahu memanfaatkan kemahiran yang baru diraihnya sebagai sumber nafkah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mengubah laluan hidupnya.

Kursus latihan makanan dan minuman (F&B) yang diikutinya di Institut Kulinari SSA, yang boleh dibayar menggunakan kredit SkillsFuture, baru-baru ini menjadi wadah kepada beliau mendalami kemahiran 'bekerja' di dapur.

Cik Rafidah, 54 tahun, telah mempelajari dua kursus membuat kek dan roti kelolaan SSA Consulting Group itu.

Kini beliau ingin memulakan perniagaan menjual makanan dan kuih secara kecilkecilan dan bercadang ingin terus mempertingkatkan diri dengan latihan yang sesuai pada masa akan datang.

Beliau, yang menetap di Bedok Reservoir, itu juga berharap akan mendapatkan 'bimbingan' seorang mentor, agar dapat lebih fokus dan boleh mempelajari selok-belok berniaga di laman media sosial serta dapat mendalami ilmu membuat kek dan roti.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sebelum kematian suaminya tiga tahun lalu, Cik Rafidah giat membuat dan menjual kuih-kuih tradisional Melayu, terutama semasa musim perayaan seperti kuih tart dan makmur.

"Walaupun kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai anak istimewa, semangat mahu memperbaiki diri dan membantu ekonomi keluarga tetap saya utamakan.

"Saya kini ingin kembali menjual kuih-muih secara kecil-kecilan seperti dulu, dan berharap dapat mempelajari teknologi baru seperti jualan dalam talian.

"Saya juga berterima kasih kepada SkillsFuture kerana memberi peluang kepada golongan seperti kami, kaum ibu, yang ingin mempertingkatkan diri dengan memberikan subsidi,'' ujar Cik Rafidah, seorang suri rumah.

Beliau juga berharap akan mendapat peluang yang lebih baik untuk terus mempertingkat diri sesuai dengan kemahiran memasak yang dimilikinya.

Namun beliau juga akur, sebagai ibu tunggal, tugas berat menantinya kerana selain perlu menjaga kesihatan diri - beliau menghadapi beberapa penyakit yang agak serius - beliau juga perlu mengawasi dan menjaga anak tunggalnya yang 'kurang sempurna' serta menghadapi Sindrom Down (SD).

Anak Cik Rafidah, Muhammad Muzaffar Musa, 15 tahun, bersekolah di Minds Towner Gardens di kawasan Kembangan.

Menurut Cik Rafidah, beliau terpaksa berhenti kerja sebagai tukang masak di sebuah gerai makanan baru-baru ini kerana masalah kesihatannya yang semakin serius, seperti sesak nafas dan berasa cepat lelah, terutama apabila kepenatan.

Beliau juga menghidap penyakit tiroid, dan menurutnya, kerana penyakit itulah beliau juga disahkan menghadapi penyakit lain seperti darah tinggi, jantung, kolesterol tinggi dan sendi.

Cik Rafidah pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Besar Changi (CGH) selama seminggu akibat jangkitan di bahagian leher dan kerongkongnya.

Namun begitu, wanita tabah itu tidak pernah berputus asa atau menyalahkan takdir.

Beliau gigih mempertingkatkan dirinya dan mempelajari kemahiran baru, sekali gus dapat memanfaatkan kredit SkillsFuture, subsidi yang diberikan pemerintah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map