Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

IMF pertahan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan global

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

IMF pertahan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan global

Jun 10, 2020 | 02:45 PM



TOKYO: Status Hong Kong sebagai hab kewangan global adalah penting bukan sahaja bagi China tetapi juga seluruh dunia, kata seorang pegawai kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam, ketika wilayah China itu menghadapi pergolakan pro-demokrasi yang baru.



"Hong Kong disokong oleh sektor kewangan yang sangat kuat ... dan sistem kewangan yang disandarkan kepada peraturan, dan ditadbir dengan baik dan difahami oleh dunia," kata timbalan pengarah pertama IMF, Encik Geoffrey Okamoto, pada satu majlis persidangan meja bundar.



"Hong Kong penting bukan hanya untuk China tetapi untuk seluruh dunia. Kami ingin mengekalkan (status) Hong Kong sebagai hab kewangan," katanya, sambil menambah bahawa IMF dijangka akan mengeluarkan laporan yang dikemaskini mengenai prospek ekonomi dunia pada 24 Jun ini.



Parlimen China baru-baru ini telah meluluskan keputusan untuk meneruskan perundangan keselamatan nasional untuk Hong Kong yang dikhuatiri aktivis demokrasi, diplomat dan beberapa ahli perniagaan di dunia akan membahayakan status dan peranannya yang semi-autonomi sebagai pusat kewangan antarabangsa.



Encik Okamoto menyatakan demikian ketika beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di pusat bandar Hong Kong untuk menandai satu tahun tunjuk perasaan pro-demokrasi yang berterusan di tengah-tengah ketakutan akan kerusuhan yang baru terhadap undang-undang keselamatan negara.



Pandemik koronavirus telah mendorong ekonomi di seluruh dunia ke ambang kemelesetan yang mendalam, memaksa IMF untuk merendahkan ramalan ekonomi dunia. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >