Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Indeks flat jualan semula catat penurunan bagi suku pertama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Indeks flat jualan semula catat penurunan bagi suku pertama

Apr 03, 2017 | 11:03 AM



ANGGARAN awal bagi suku pertama Indeks Harga Jualan Semula (RPI) HDB tahun ini menunjukkan penurunan 133.8 mata atau 0.6 peratus berbanding suku keempat 2016.



RPI menggambarkan turun-naik harga secara am dalam pasaran flat jualan semula.



Harga jualan bagi sesebuah flat (menurut blok dan jenis flat) boleh didapatkan di laman e-khidmat di laman InfoWEB HDB.



Menurut HDB dalam kenyataannya hari ini, nilai penuh RPI bagi tempoh tiga bulan bulan pertama yang disertakan dengan perangkaan perumahan awam, akan diumumkan pada 28 April ini.



Mei ini HDB akan menawarkan kira-kira 4,600 unit flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dan kira-kira 3,000 unit flat lebihan.



Maklumat lanjut mengenai flat BTO boleh didapatkan di laman InfoWEB HDB.



Dalam pada itu, anggaran awal menurut indeks harga untuk perumahan privet menunjukkan penurunan 0.7 mata bagi suku pertama tahun ini setelah mencatat 136.5 mata berbanding 137.2 mata yang direkodkan bagi suku keempat 2016.



Dalam kenyataannya, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), penurunan yang dicatatkan ini adalah serupa yang dicatatkan bagi suku sebelum ini.



Harga bagi rumah privet tidak berhalaman jatuh 0.2 peratus di dalam kawasan bandar (CCR), berbanding peningkatan 0.1 peratus bagi suku sebelumnya. Harga bagi perumahan privet di pinggir kawasan bandar (RCR) tidak berubah, selepas mencatat penurunan 2.0 peratus pada suku sebelumnya.



Harga bagi rumah privet di luar kawasan bandar (OCR) meningkat 0.1 peratus selepas mencatat penurunan 0.6 peratus pada suku sebelumnya. Sementara itu, harga bagi rumah-rumah privet berhalaman jatuh 2.8 peratus berbanding peningkatan 0.8 peratus bagi suku sebelumnya.



Menurut URA, anggaran awal ini adalah berdasarkan harga transaksi yang terkandung dalam kontrak yang difailkan bagi cukai setem dan perangkaan tentang unit-unit terjual oleh pemaju sehingga pertengahan Mac lalu.



Perangkaan akan dikemaskini empat minggu mendatang apabila URA mendedahkan perangkaan penuh hartanah bagi suku pertama 2017. 



Data-data sebelum ini menunjukkan bahawa perbezaan harga sukuan seperti yang ditunjukkan oleh anggaran awal dan perubahan menurut harga sebenar boleh menjadi besar bila perubahan itu kecil. 



Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menafsir anggaran awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >