KADAR inflasi bagi semua barangan dan perkhidmatan di Singapura tumbuh paling perlahan dalam masa lima tahun bulan lalu, hanya 0.1 peratus.
Ini berbanding kenaikan 0.6 peratus pada bulan sebelumnya, menurut kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.