Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ingin bida projek pemerintah? 'Syarat' dimudahkan untuk firma kecil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ingin bida projek pemerintah? 'Syarat' dimudahkan untuk firma kecil

Syarikat berpendapatan bawah $5j tak perlu kemuka penyata kewangan
Aug 18, 2018 | 05:30 AM



LEBIH banyak perniagaan kecil kini boleh membuat bidaan bagi projek pemerintah kerana peraturan yang sudah lama terlaksana, telah diubah agar ia lebih mudah dan murah untuk mereka berbuat demikian.



Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan di bawah $5 juta, tidak lagi perlu memberikan penyata kewangan yang diaudit semasa membuat bidaan bagi projek pemerintah, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perindustrian Chee Hong Tat dalam laporan The Straits Times.



Ini sekali gus menjadikan lebih murah bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) menyertai tender pemerintah, ujarnya di luar acara mesyuarat Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) kelmarin.



Mulai Oktober ini, perniagaan itu tidak perlu mempunyai cap syarikat dalam borang pemerintah termasuk dokumen berkaitan tender yang diberikan menerusi portal pemerolehan pemerintah, GeBiz.



Ini kecuali cap itu dituntut di bawah perundangan.



Sebelum ini, cap tersebut diperlukan bagi mengenal pasti identiti tetapi dengan pendigitalan khidmat bermakna terdapat cara pemeriksaan lain seperti wadah dan tanda tangan digital.



Perubahan itu adalah menyusuli satu semakan semula oleh panel properniagaan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI), yang mendapati syarikat menganggap "rumit dan memakan masa" untuk memuat turunkan, mencetak, cap secara fizikal dan mengimbas dokumen itu semula kepada agensi menerusi e-mel.



"Selepas menerima maklum balas, panel properniagaan telah bekerjasama dengan 28 agensi pengawalan dan mendapat persetujuan mereka untuk memansuhkan tuntutan itu.



"Ia mencerminkan usaha mengikut peralihan zaman. Apabila teknologi berubah, kita juga harus mengubah cara kita mengawal dan peraturan yang ada," ujar Encik Chee.



Secara berasingan, perubahan berkaitan penyata kewangan telah dimulakan sejak Jun.



Sebelum ini, syarikat yang mahu menyertai tender pemerintah perlukan penyata akaun diaudit bagi memperbaharui Pendaftaran Pembekal Pemerintah tetapi kini tidak perlu lagi.



Bila ditanya sama ada kelonggaran ini melibatkan sebarang risiko, Encik Chee berkata perniagaan kecil lazimnya cenderung kepada kontrak bernilai lebih rendah dan akan berusaha membina rekod baik serta mengumpul lebih banyak sumber sebelum dapat memohon untuk kontrak bernilai lebih tinggi.



Perubahan itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 3,900 pembekal berdaftar yang telah menyertai dalam tender pemerintah lalu.



Terdapat lebih 200,000 SME di Singapura.




"Selepas menerima maklum balas, panel properniagan telah bekerjasama dengan 28 agensi pengawalan dan mendapat persetujuan mereka untuk memansuhkan tuntutan itu. Ia mencerminkan usaha mengikut peralihan zaman. Apabila teknologi berubah, kita juga harus mengubah cara kita mengawal dan peraturan yang ada."
- Encik Chee Hong Tat, Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perindustrian, mengenai perubahan bahawa perniagaan tidak perlu mempunyai cap syarikat dalam borang pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >