Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ingin isi masa dengan bekerja dan kekal aktif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin isi masa dengan bekerja dan kekal aktif

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



SELAMA 36 tahun, Encik Aziz Hussin aktif ke sana sini mengambil gambar sebagai seorang jurugambar tetap di akhbar The Straits Times (ST).



Apabila beliau bersara dua tahun lalu, beliau berasa canggung kerana tidak biasa duduk diam di rumah.



Selain penyakit kencing manis terkawal yang dihadapinya, beliau merasakan dirinya masih sihat bekerja walaupun usianya sudah mencecah 65 tahun.



Lantas, beliau mengambil peluang bekerja apabila ST menawarkannya bekerja sambilan sebagai jurugambar.



"Kita dah biasa kerja, jadi kalau tak kerja badan terasa lemah. Pada usia 65 tahun, saya masih sihat. Jadi saya tidak lepaskan peluang apabila ST menyuruh saya menjadi jurugambar sambilan,'' ujar beliau, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-65 kelmarin.



Apabila akhbar itu mempunyai tugas tambahan atau pekerja tetap bercuti, beliau akan dipanggil bagi menggantikan pekerja itu.



Jadi, tempoh tugasnya tidak tetap.



"Mengambil gambar ialah minat saya. Jadi, saya tidak kisah untuk meneruskan kerjaya ini walaupun secara sambilan. Lebih penting, masa saya terisi dan minda saya terus aktif,'' katanya.



Setahun lalu, beliau juga memutuskan menyertai ekonomi gig (perkongsian) dengan menjadi seorang pemandu Uber menggunakan kereta Mazda 3 yang disewanya.



"Dengan memandu pula, saya menjadi 'bos' saya sendiri. Masanya fleksibel dan mengikut keperluan saya. Jika isteri mahu ke Johor untuk beli-belah, saya tidak memandu,'' kata bapa tiga anak dan 12 cucu itu.



Biasanya beliau memandu sekitar 7 pagi dan pulang sebelum maghrib.



Bagi pesara sepertinya, mencari pekerjaan tetap agak payah kerana majikan keberatan mengambil mereka bekerja memandangkan usia mereka yang sudah lanjut.



Encik Aziz pernah memohon kerja tetap sebagai seorang pemandu van sebuah syarikat makanan, tetapi syarikat itu agak keberatan menggajikannya kerana pekerjaan itu memerlukan beliau menggunakan tenaga fizikal yang agak sukar dilakukan warga emas sepertinya.



"Setelah bekerja tetap lebih tiga dekad, kita perlu menerima gaji lebih rendah jika mahu bekerja tetap. Jika majikan mampu memberi gaji lebih tinggi, saya rasa ia akan menarik pesara untuk kembali bekerja. Majikan juga perlu mengubah minda mereka untuk menerima warga emas seperti saya,'' katanya.



Bekerja dalam ekonomi gig amat sesuai dengan gaya hidupnya kerana ia memberikan beliau masa fleksibel tetapi mendapat pendapatan yang memadai.



"Ia bukan soal wang. Saya ingin mengisi masa dengan bekerja dan ingin kekal aktif. Jadi, bekerja sebagai jurugambar sambilan dan pemandu Uber sesuai dengan gaya hidup saya. Ia tidak begitu tertekan berbanding bekerja sepenuh masa,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >