EKONOMI & KERJA
Inisiatif diteroka kekang pemberhentian kerja dan bantu sektor
* Daya usaha baru diperkenal WSG demi bantu sektor yang terjejas oleh Covid-19 * Lanjut tempoh sokongan gaji Program Penempatan Kerja dan Latihan Rekaan Semula Pekerjaan * Tahun lalu, kadar pekerjaan keseluruhan catat kenaikan terbesar sejak lima tahun lalu
Mar 13, 2020 | 05:30 AM
TUMPUAN akan diberikan untuk mengelakkan para pekerja daripada kehilangan pekerjaan mereka di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia dan ketidakpastian ekonomi sejagat, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.
Beberapa daya usaha baru diperkenalkan agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) demi membantu sektor yang terjejas oleh Covid-19.