KESEDARAN yang semakin tinggi mengenai kesihatan akan mendorong generasi masa kini memilih minuman berkhasiat, bernutrisi dan kurang gula.
Ini diakui Encik Melvin Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Yeo Hiap Seng, peneraju produk minuman dan makanan, yang lebih dikenali sebagai Yeo's.