KORONAVIRUS
Institusi kewangan tawar pakej sokongan bantu syarikat tempatan 'bernafas'
Feb 14, 2020 | 05:30 AM
BEBERAPA institusi kewangan telah menawarkan pakej sokongan bagi membantu syarikat setempat mengharungi tempoh mencabar akibat penularan koronavirus.
Dalam tempoh ini, banyak syarikat memerlukan tempoh kredit lebih lama dari para pembekal bagi mengekalkan aliran tunai mereka.