Isu tertunggak Masyarakat Ekonomi Asean bantu SME sedang dihurai
Jun 02, 2016 | 05:30 AM
ASEAN akan melaksanakan langkah-langkah yang tertunggak di bawah pelan induk Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) 2025, termasuk memberi tumpuan terhadap syarikat kecil dan sederhana (SME), sekatan tidak bertarif dan keperluan perniagaan moden bagi dekad mendatang.
Anggota Asean memberi persetujuan kelmarin apabila diberikan perkembangan terkini mengenai kemajuan dalam mencapai AEC yang disepadukan sepenuhnya.