INDUSTRI halal yang semakin terbuka di Jepun - khususnya dalam sektor makanan, fesyen, perunding cara dan pelancongan - menawarkan banyak peluang kepada syarikat Melay/Islam yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tersebut.
Tetapi tidak banyak firma setempat yang meneroka pasaran seperti Jepun kerana tidak sedar tentang adanya peluang di sana," kata Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Malek Mattar.