Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jimat masa, tenaga dan paling penting...$$$

Oct 06, 2019 | 05:30 AM



Dahulu trend menggabungkan majlis perkahwinan sesuatu yang jarang dilakukan pasangan. Tetapi sejak kebelakangan ini, kian ramai bakal mempelai memilih untuk melakukan majlis bersama. Ternyata trend ini mula menjejas para penyedia khidmat perkahwinan terutamanya katering. Bagaimanakah syarikat sedemikian dapat mengharungi trend sebegini? Wartawan NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) dan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) melaporkan.



LEBIH menjimat masa, tenaga dan yang paling penting, wang.



Inilah merupakan antara sebab pasangan muda sekarang lebih memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama daripada berasingan.



Dulu, pasangan mempelai akan mengadakan majlis perkahwinan di dua tempat berasingan - untuk pihak lelaki dan perempuan.



Tetapi kini, raja dan permaisuri sehari sekadar melakukan perkahwinan di satu tempat sahaja di mana majlis itu dikongsi kedua-dua pihak.



Trend sebegini menurut beberapa syarikat katering yang ditemuramah mempunyai kesan terhadap perniagaan mereka.



Pengarah Amani Weddings Pte Ltd, Encik Mohamed Nor Ismail, atau lebih dikenali dengan panggilan Kino, berkata syarikat katering boleh kerugian sehingga 50 peratus disebabkan trend ini.



"Kalau dulu ada ekspo pengantin, kedua-dua bakal mempelai akan mengambil dua pakej sekali gus kerana majlis diadakan di dua tempat.



"Tetapi kini, mempelai hanya mengambil satu pakej kerana majlis dikongsi sama," katanya.



Pemilik MSW Family Catering and Event, Encik Yusoff Sahaduden, akur penyedia khidmat perkahwinan kecil-kecilan sepertinya juga terjejas apabila lebih ramai pasangan menggabungkan majlis.



"Hendak dapat satu majlis perkahwinan dalam satu bulan pun susah. Kalau dulu, kita boleh dapat sehingga tiga majlis. Bukan sahaja majlis digabungkan, mereka juga tidak mahu majlis yang ramai tetamu. Kalau 500 orang, dah cukuplah,'' ujarnya, yang sudah menyediakan khidmat katering dan kendarat sejak lapan tahun lalu.



Beliau menambah pasangan hari ini lebih prihatin mengenai kos kerana kos kehidupan yang semakin meningkat.



"Dahlah baru kerja, nak beli rumah dan nak kahwin pula. Mana cukup duit? Bagi mereka, tak apalah buat majlis bersama dan jimatkan kos,'' tambah Encik Yusoff, 39 tahun.



Untuk menampung perniagaannya, beliau mengambil tempahan majlis-majlis kecil seperti pertunangan dan doa selamat.



Pengasas bersama Muslim Delights Wedding Services, Cik Hafidah Daud, pula berkata 80 peratus pelanggannya mengadakan majlis perkahwinan yang digabungkan bagi pengantin perempuan dan lelaki.



Cik Hafidah, yang syarikatnya yang menyediakan empat lokasi perkahwinan - dua dewan (Fave on Orchard dan Muslim Delights@Concorde) di Hotel Concorde; Bliss Garden di The Grassroots' Club dan Civil Service Club di Changi - menarik perhatian bahawa mempelai hari ini lebih suka memilih lokasi yang neutral bagi mengadakan majlis yang digabungkan itu.



Cik Salwah Baharudin, pemilik Charisma Bridal and Catering yang bekerjasama dengan beberapa hotel dan kelab termasuk Hotel Grand Copthorne berkata kebanyakan pasangan yang mengambil pakej bersamanya lebih gemar untuk membuat perkahwinan bersama.



Ini kerana cara sebegini memberi peluang kepada pasangan untuk berjimat terutamanya duit dewan majlis, hiasan dan makanan.



"Pasangan kini dapat memilih misalnya dekorasi dan makanan yang lebih gah atau menambah jenis makanan yang disajikan kerana dapat menjimatkan wang dengan mengadakan majlis secara bersama," ujarnya.



Pakej minimum yang dikenakannya bagi majlis 'kongsi' sebegini adalah antara $20,000 dengan $50,000 termasuk makanan, tempat, dekorasi dan juga khidmat kendarat.



Namun syarikat katering semua akur dengan kos kehidupan yang tinggi sekarang tidak dinafikan cara sebegini lebih menjimatkan untuk pasangan.



Bagaimanapun sebagai nasihat, Encik Kino berkata pasangan harus menyediakan makanan tambahan agar tidak menimbulkan sebarang tengkarah antara kedua-dua pihak.



"Beberapa kali kami temui keluarga yang menyalahkan satu sama lain bahawa jumlah tetamu terlebih ekoran besan yang tidak mematuhi jumlah tetamu yang seharusnya mereka undang.



"Jadi saya selalu nasihatkan pasangan agar mengambil pakej untuk undangan seramai 1,200 orang dan bukan ngam-ngam 1,000 orang sahaja," katanya lagi.




Trend



KAHWIN " 'KONGSI'



Hendak dapat satu majlis perkahwinan dalam satu bulan pun susah. Kalau dulu, kita boleh dapat sehingga tiga majlis. Bukan sahaja majlis digabungkan, mereka juga tidak mahu majlis yang ramai tetamu. Kalau 500 orang, dah cukuplah... Dahlah baru kerja, nak beli rumah dan nak kahwin pula. Mana cukup duit? Bagi mereka, tak apalah buat majlis bersama dan jimatkan kos.
- Pemilik MSW Family Catering and Event, Encik Yusoff Sahaduden.




Kalau dulu ada ekspo pengantin, kedua-dua bakal mempelai akan mengambil dua pakej sekali gus kerana majlis diadakan di dua tempat. Tetapi kini, mempelai hanya mengambil satu pakej kerana majlis dikongsi sama... Beberapa kali kami temui keluarga yang menyalahkan satu sama lain bahawa jumlah tetamu terlebih ekoran besan yang tidak mematuhi jumlah tetamu yang seharusnya mereka undang. Jadi saya selalu nasihatkan pasangan agar mengambil pakej untuk undangan seramai 1,200 orang dan bukan ngam-ngam 1,000 orang sahaja.
- Pengarah Amani Weddings Pte Ltd, Encik Mohamed Nor Ismail, atau lebih dikenali dengan panggilan Kino.




Keluarga saya lebih gemar makanan Melayu manakala keluarga isteri saya gemar makanan India. Jadi bagi menggembirakan kededua pihak, kami memastikan kededua jenis makanan - Melayu dan India - disajikan untuk tetamu... Alhamdulillah dengan adanya majlis perkahwinan bersama ini, hubungan kekeluargaan antara kededua pihak bertambah erat. Mereka dapat mengenali satu sama lain dengan lebih baik lagi dan mampu bekerjasama.
- Pengantin baru, Encik Muhammad Farhan Nazir Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >