Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

JTC lancar jualan tiga tapak perusahaan pemerintah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

JTC lancar jualan tiga tapak perusahaan pemerintah

Dec 27, 2016 | 12:18 PM



JTC telah melancarkan jualan dua tapak Senarai Pasti di Woodlands Industrial Park E8/E7 dan Tuas South Link 3 (Plot 17), serta satu tapak Senarai Simpanan di Tuas South Link 1 (Plot 13) di bawah separuh kedua Program Jualan Tanah Perusahaan Pemerintah (IGLS).



Ini dua tapak terakhir daripada tujuh tapak Senarai Pasti, dan terakhir daripada tiga tapak Senarai Simpanan, menurut satu kenyataan media JTC pada Selasa (27 Dis).



Tapak di bawah sistem simpanan akan dijual hanya jika ia menerima tawaran harga minimum yang boleh diterima Pemerintah atau apabila terdapat minat pasaran yang mencukupi bagi tapak tersebut.



Tapak 0.88 ha di Woodlands Industrial Park E8/E7 dan tapak 0.49 hektar di Tuas South Link 3 (Plot 17) dizonkan bagi pembangunan Perniagaan-2, masing-masing dengan dengan nisbah plot 2.5 dan 1.4.



Kedua-dua tapak mempunyai tempoh 20 tahun.



Nisbah plot (PR) merujuk kepada nisbah keluasan lantai (FA) sesuatu bangunan pada keluasan tapaknya.



Tapak 2.41 ha Senarai Simpanan di Tuas South Link 1 (Plot 13) juga dizonkan bagi pembangunan Perniagaan-2 dan mempunyai tempoh 20 tahun, dengan PR 2.0.



JTC agensi pemerintah bertanggungjawab bagi pembangunan prasarana perusahaan bagi menyokong dan menjadi mangkin pertumbuhan perusahaan, dan pelancaran tapak itu sebahagian daripada usaha Pemerintah menawarkan lebih banyak pilihan untuk pembangunan perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >