Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Juadah pada harga istimewa sempena 'Bad Day Meal'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Juadah pada harga istimewa sempena 'Bad Day Meal'

Tujuan utama membantu golongan memerlukan
Jun 12, 2019 | 05:30 AM



SOALAN demi soalan ditanyakan pelanggan mengenai harga makanan yang dijual di gerai, tetapi apabila pelanggan itu berpaling pergi kerana tidak kecukupan wang, rasa sedih di hati tersemat dalam diri Cik Shah Hida Anuar.



Atas dasar ihsan, penjaja gerai Satin di Pusat Penjaja Tiong Bahru sedia menaja makanan yang diinginkan pelanggan itu.



Menyedari terdapat golongan memerlukan dalam masyarakat atau mereka yang melalui hari yang kurang menyenangkan pada hari itu, beliau dan suaminya, Encik Zulkifli Abdul Halim, telah melancarkan hari istimewa 'Bad Day Meal'.



Satu kempen bagi melancarkan 'Bad Day Meal' itu diadakan Ramadan lalu yang menarik sekitar 30 orang untuk hadir dalam jamuan berbuka puasa di gerai itu, selain mereka yang mahu turut menyumbang ke dalam dana 'Bad Day Meal'.



"Sejak menjaja di sini sejak enam bulan lalu, saya pernah berjumpa dengan pelanggan seperti wanita tua yang tidak cukup wang atau pemuda yang basah akibat hujan yang tidak makan sepanjang hari dan tidak dapat keluarkan duit kerana mesin ATM rosak.



"Setiap kita pernah lalui tempoh sukar itu dan jika kita dapat bantu menceriakan hari mereka, mengapa tidak?'' kata Cik Shah Hida, 40 tahun, mantan pegawai firma guaman yang membuka perniagaan itu setelah diberhentikan kerja apabila firma guaman itu disusun-semula.



Baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, pasangan itu memilih kawasan Tiong Bahru yang merupakan antara estet tertua di Singapura.



Pasangan yang mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun itu menjual nasi padang, mi dan sate setiap hari kecuali Selasa.



"Kami mempunyai pelanggan warga emas yang telah tinggal di sini hampir 70 tahun.



"Dekat dengan gerai kami ialah SPF (bekas Persatuan Bagi Golongan Tidak Berupaya Dari Fizikal) yang ada antara anggotanya yang gemar asam pedas dan sambal goreng kami.



"Beberapa kali, kami dapati ada warga emas yang tidak membeli lebih dari satu lauk di gerai kami apabila membeli nasi padang kerana mereka tidak cukup wang.



"Kami akan beri mereka diskaun tetapi mereka akan berasa malu,'' kata Encik Zulkifli.



"Apabila mereka kongsi kepada rakan-rakan, salah seorang daripada mereka mengusulkan untuk adakan 'Bad Day Meal' agar rakan-rakan dan siapa sahaja boleh turut menyumbang membantu golongan itu,'' tambahnya.



Bermula 20 Jun ini, mereka akan memperkenalkan makanan yang biasanya berharga $3 seperti mi rebus, mi siam atau lontong, untuk dijual pada harga 50 sen, dan set nasi padang, yang biasanya mempunyai satu daging dan sayur yang biasanya dijual pada harga $5 tetapi akan dijual pada harga $1 sahaja.



Mereka akan mengehadkan kepada 10 pesanan sehari dan akan meningkatnya apabila dana itu bertambah, tambah Cik Shah Hida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >