MENTERI Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Teo Ser Luck, akan menjadi tetamu terhormat dalam Persidangan Perniagaan Melayu Islam (MMBC) pada tahun ini.
Encik Teo akan berinteraksi dan bercakap dengan masyarakat peniaga dalam satu sesi dialog khas semasa persidangan anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang keempat kali itu.