Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Jumain Sataysfaction sasar tebar sayap ke Jepun pula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Jumain Sataysfaction sasar tebar sayap ke Jepun pula

Nov 10, 2019 | 05:30 AM



NEGARA Timur Tengah di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman sudah ditembusi.



Kini, negara matahari terbit menjadi sasaran bagi syarikat pengeluar sate Singapura, Jumain Sataysfaction Pte Ltd.



Bulan lalu, syarikat itu telah menyertai satu acara Taste of Singapore Food Pop-Up di pusat beli-belah Olinas Mall di Tokyo.



Acara yang diketuai oleh agensi pemerintah Enterprise Singapore (ESG) itu menampilkan 15 syarikat makanan Singapura termasuk syarikat Irvins Salted Egg, Awfully Chocolate Singapore, The Soup Spoon dan Prima Taste.



Jumain Sataysfaction merupakan satu-satunya syarikat Melayu yang menyertai acara itu.



Menurut Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction, Cik Samsiah Suliman, syarikat itu amat berminat menembusi pasaran Jepun.



"Kedatangan lebih ramai pelancon Islam ke Jepun, keterbukaan kerajaan Jepun dalam menyambut pelancong Islam, serta Sukan Olimpik 2020 dan banyak lagi acara antarabangsa yang diadakan di Jepun menjadikan negara itu amat menarik untuk ditembusi.''



Bagi acara itu, syarikat sate itu memperkenalkan sate ayam dan sate lembu wagyu yang mendapat sambutan yang menggalakkan.



Bagi menyesuaikan sate itu bagi memenuhi cita rasa pelanggan Jepun, Jumain mengurangkan kepedasan kuah sate kacangnya.



"Sambutannya amat menggalakkan. Orang Jepun amat gemar mencuba sesuatu yang baru jika ia menarik,'' kata Cik Samsiah.



Ketika ini, Jumain Sataysfaction sedang berunding dengan beberapa firma di Jepun agar jenama ASLI dari Jumain Sataysfaction dapat menembusi pasaran itu.



Cik Samsiah kini berada di Riyadh dan Jeddah minggu lalu bagi mengikuti misi dagangan dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) sejajar dengan lawatan Presiden Halimah Yacob ke Arab Saudi.



Bahkan, syarikat itu akan mempamerkan satenya di pameran Saudi Foodex yang berlangsung dari esok hingga Khamis ini di Jeddah.



Tidak hanya selesa dengan zon keselesaan di Singapura, syarikat itu amat aktif mempromosikan makanannya ke luar negara.



Jerman, Italy hingga ke Amerika Syarikat - semua negara itu telah dijelajahi Cik Samsiah semata-mata untuk menimba ilmu dan memasarkan produk satenya.



Dengan pengalaman yang ditimba, beliau mengolah dan melaksanakan apa yang relevan untuk membawa perniagaan satenya ke peringkat lebih tinggi.




Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




SEKILAS



​AYUH SERTAI SEMINAR EKONOMI BARU ANJURAN BH/BM SERTA DIALOG BERSAMA MENTERI NEGARA KANAN (PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN), ENCIK CHEE HONG TAT



Dengar perkongsian dua syarikat - Asyura Paste dan Lemaq - yang pernah manfaatkan Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC) di Politeknik Singapura (SP) dan sertai satu sesi dialog bersama Encik Chee bagi membincangkan isu-isu perniagaan.



Bila: Isnin, 11 November
Waktu: 2.30 hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC), Politeknik Singapura (masuk di gerbang pintu 8)



Tidak ada bayaran dikenakan. Sila daftar di econ.sphevents.com.sg Seminar turut disokong Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC)




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >