Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Jumlah jualan flat jualan semula HDB terendah dalam 30 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jumlah jualan flat jualan semula HDB terendah dalam 30 tahun

Jun 04, 2020 | 01:50 PM



JUMLAH penjualan flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah lebih rendah bulan lalu, susulan kemerosotan jumlah flat yang dijual  April lalu, mencapai paras yang tidak pernah dilihat dalam 30 tahun terakhir, angka yang didedahkan portal hartanah SRX hari ini.



Hanya 364 flat bertukar tangan Mei lalu, penurunan 13.9 daripada 423 yang dijual semasa April. 



Kedua-dua angka yang dicatat semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan adalah lebih rendah daripada rekod rendah 778 flat sebelumnya yang dijual pada Mei 1990.



Pasaran flat jualan semula mengalami nasib lebih buruk daripada wabak penyakit sebelumnya. 



Pada Mei 2003, bulan yang sama semasa penularan wabak Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars), jumlah penjualan masih berjaya mencapai 2,272 flat.



Namun, harga tetap stabil pada bulan Mei lalu, bahkan meningkat 0.1 peratus jika dibandingkan dengan April.



Rata-rata orang membayar kira-kira $3,000 lebih tinggi daripada anggaran harga flat bulan lalu, kata SRX.



Penganalisis mengatakan ini menunjukkan bahawa tidak ada panik menjual flat, dengan penjual mengekalkan harga permintaan mereka walaupun terdapat permintaan yang kelihatannya jatuh menjunam. - The Business Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >