Jumlah pelancong ke S'pura susut tahun lalu
Kemerosotan disebabkan ketidaktentuan pasaran pelancong utama, khususnya China
Feb 12, 2015 | 05:30 AM
JUMLAH pelancong ke Singapura berkurangan tahun lalu disebabkan ketidaktentuan dalam pasaran pelancong utama, khususnya China.
Seramai 15.1 juta pelancong melawat negara ini tahun lalu, kurang 3.1 peratus daripada 15.6 juta pada 2013, menurut laporan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) yang dikeluarkan semalam.