Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Jurang golongan rendah dan tinggi mengecil tahun lalu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jurang golongan rendah dan tinggi mengecil tahun lalu

NORHAIZA HASHIM
Feb 18, 2014 | 04:43 PM



JURANG antara golongan berpendapatan rendah dengan tinggi di Singapura mengecil tahun lalu.


Ini menyusuli pendapatan lebih tinggi dan bantuan disalurkan pemerintah kepada golongan berpendapatan rendah.


Perangkaan terbaru Jabatan Statistik Singapura (DOS) juga menunjukkan pendapatan keluarga hasil anggota yang bekerja meningkat dari $7,570 pada 2012 kepada $7,870 tahun lalu, satu kenaikan 4 peratus dari segi nominal.


Dalam Laporan Trend Pendapatan Keluarga Utama 2013 yang dibentangkan tadi, gini coefficient, yang mengukur jurang golongan berpendapatan rendah dan kecil, susut dari 0.463 pada 2012 kepada 0.412 tahun lalu.


Ini selepas mengambil kira cukai dan pemindahan tunai pemerintah (subs: government transfers) hasil daripada skim-skim bantuan dan geran.


Paras tersebut adalah yang terendah sejak 2000 apabila DOS mula mengeluarkan perangkaan itu.


Tanpa mengambil kira cukai dan pemindahan tunai pemerintah, gini coefficient turun dari 0.478 pada 2012 kepada 0.463 tahun lalu.


Gini coefficient sifar menunjukkan terdapat keadilan dari segi pendapatan bagi golongan berpendapatan rendah dan tinggi.


DOS berkata, setelah mengambil inflasi, pendapatan sebenar median tersebut meningkat 1.6 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >