Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kad EZ-Link dirancang untuk dijadikan dompet elektronik

Aug 03, 2018 | 05:30 AM



PENGELUAR kad perjalanan EZ-Link merancang beralih kepada sistem digital tahun depan dengan mendapatkan pengguna supaya memindahkan nilai wang yang disimpan pada kad fizikal mereka ke dalam akaun dalam talian.



Dengan 'dompet' digital ini - sama dengan Alipay dan WeChat Pay - EZ-Link menyatakan ia boleh menawarkan pelbagai perkhidmatan baru, seperti pembayaran kepada pengendali basikal, pemindahan kepada rakan-rakan dan pembayaran untuk membeli-belah secara dalam talian.



Kemudahan digital itu juga membolehkan firma kekal relevan di pasaran, kata Ketua Eksekutif EZ-Link, Encik Nicholas Lee, dalam temu bual dengan akhbar The Straits Times, kelmarin.



"Pengangkutan awam telah berkembang dan kami melihat lebih banyak pemain seperti firma perkongsian kereta dan basikal.



"Semua ini adalah platform digital, jika EZ-Link tidak didigitalkan, kami tidak akan menjadi sebahagian daripada perkembangan ini," kata Encik Lee.



Namun, butirannya masih diteliti tetapi Encik Lee berkata beliau merancang memulakan proses mendidik dan menggalak pengguna untuk beralih daripada luar talian ke akaun digital seawal pertengahan tahun depan.



Sehingga kini, EZ-Link telah mengeluarkan 30 juta kad Aplikasi Bayaran Secara Elektronik (Cepas), dan di antara jumlah itu, 3.4 juta digunakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.



Dengan dompet digital, pengguna masih memerlukan kad fizikal - sebagai token - untuk menyentuh gantri bayaran tambang dan bacaan kad di dalam bas.



"Kad ini menjadi pengecam bagi menghubungkan urus niaga dengan dompet digital, sama seperti kad kredit anda," tambah Encik Lee.



Tetapi pada masa akan datang, dompet elektronik boleh dihubungkan dengan alat lain atau cap jari, katanya.



Pada masa peralihan, EZ-Link akan terus menggalak pengguna ke arah menggunakan kaedah elektronik untuk menokok nilai kad mereka dan sekali gus mengelak penggunaan wang tunai.



Mulai kelmarin, pengguna perkhidmatan EZ-Reload tidak lagi dikenakan bayaran sebanyak 25 sen apabila tokokan secara automatik dibuat dengan kad kredit dan kad debit Mastercard dan Visa.



EZ-Link juga telah memindahkan aplikasi EZ-Reload dari borang berasaskan web ke aplikasi EZ-Link dan sekali gus memendekkan proses kelulusan dari lima hari kepada hanya beberapa minit, tambahnya.



Terdapat hampir 400,000 pengguna perkhidmatan EZ-Reload, yang secara automatik menokok kad EZ-Link apabila nilainya tidak mencukupi.



Di samping itu, EZ-Link juga telah bekerjasama dengan rangkaian kedai Cheers supaya pelanggan boleh menggunakan baki daripada pembelian mereka untuk menokok kad EZ-Link.



Perkhidmatan itu disediakan secara percuma di 103 cawangan Cheers.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >