KADAR faedah pinjaman perumahan setempat dijangka terus meningkat selepas langkah Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat meningkatkan kadar faedah buat kali keempat tahun ini.
Kadar tawaran antara bank Singapura (Sibor) selama tiga bulan - yang biasanya digunakan bagi menetapkan kadar faedah bagi pinjaman perumahan - meningkat kepada paras tertinggi mencapai 1.77168 peratus berbanding setahun lalu.