Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kadar kondo jualan semula junam 57% bagi April: SRX

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kadar kondo jualan semula junam 57% bagi April: SRX

May 12, 2020 | 04:00 PM



TEMPOH pemutus rantaian jangkitan telah memberi kesan kepada pasaran hartanah Singapura bulan lalu.



Ia menyebabkan penjualan semula kediaman privet tanpa halaman jatuh teruk, menurut data kilat hari ini.



Jumlah kondominium privet dan rumah persendirian yang dijual pada bulan lalu merosot 57.3 peratus kepada 309 unit berbanding 723 unit pada bulan Mac, seperti yang ditunjukkan oleh portal hartanah SRX Property.



Tahun ke tahun, penjualan semula bulan lalu merosot 62.2 peratus berbanding April 2019. Mereka juga 66.8 peratus lebih rendah daripada jumlah purata lima tahun untuk bulan April.



Data SRX untuk bulan lalu juga menunjukkan harga penjualan keseluruhan merosot hanya 0.2 peratus berbanding bulan Mac, dan 0.7 peratus lebih rendah dari tahun lalu.



Harga tertinggi untuk unit jualan semula bulan lalu adalah  $27.7 juta yang dibayar untuk sebuah apartmen mewah pegangan bebas di Ardmore Park. 



Akhbar The Business Times melaporkan minggu lalu bahawa Huang Youlong, suami ahli perniagaan pelakon Cina, Vicki Zhao, telah membeli sebuah penthouse di Ardmore Park dengan harga $ 27.65 juta atau kira-kira $3.164 per kaki persegi berdasarkan kawasan seluas 8.740 kaki persegi.



Di pinggir bandar, unit pegangan bebas di The Waterside di Tanjong Rhu memperoleh $3.8 juta. Jualan termahal di pinggir bandar bulan lalu adalah unit di Hillion Residences di kawasan Dairy Farm/Bukit Panjang, yang dijual dengan harga $2.7 juta. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >