KADAR pinjaman perumahan dijangka terus meningkat setelah kadar tawaran antara bank Singapura (Sibor) mencapai paras tertinggi baru-baru ini.
Para pemilik rumah yang ingin menukar pakej pinjaman dengan bank yang sama atau bank lain boleh menjangkakan kadar faedah purata sekitar 2.01 hingga 2.2 peratus ketika ini.