Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Kadar sewa Feb naik bagi kondo tapi jatuh bagi flat HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kadar sewa Feb naik bagi kondo tapi jatuh bagi flat HDB

Mar 15, 2017 | 11:24 AM



KADAR sewa kondominium dan apartmen privet meningkat pada Februari berbanding bulan sebelumnya, tetapi merosot bagi flat HDB, menurut data indeks harga SRX Property pada Rabu (15 Mac).



Sewa privet naik 1.1 peratus, kenaikan kedua berturut-turut, dan kenaikan itu berlaku di semua lokasi, dengan sewa naik hingga 1.2 peratus di kawasan utama, 0.8 peratus di pinggir bandar dan 1.2 peratus di kawasan jauh dari bandar.



Bagaimanapun bagi tahun ke tahun, kadar sewa Feb jatuh 3.8 peratus berbanding Feb 2016, dan 18.1 peratus berbanding kadar tertinggi pada Januari 2013.



Bagi flat HDB, kadar sewa Feb jatuh 0.8 peratus daripada bulan sebelumnya, dengan kadar bagi flat tiga bilik jatuh 1.2 peratus, empat bilik 0.3 peratus dan lima bilik 1.3 peratus.



Sebaliknya, kadar sewa flat eksekutif HDB meningkat 1.0 peratus.



Dari tahun ke tahun, kadar sewa flat HDB jatuh 4.8 peratus daripada Feb 2016, dan 13.4 peratus daripada kadar tertinggi pada Ogos 2013.



Kadar sewa di estet matang jatuh 1.3 peratus dan di estet belum matang 0.3 peratus.



Dari tahun ke tahun, ia jatuh 5.5 peratus dan 4.1 peratus massing-masing bagi estes matang dan belum matang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >