PARA peruncit dan pemilik kedai boleh menjangkakan tahap ketelusan lebih tinggi berhubung kadar sewa apabila rangka kerja pertimbangan penyewaan adil dijangka didedahkan bulan ini.
Rangka kerja itu dilakarkan kumpulan kerja amalan menyewa di bawah Jawatankuasa SME (SMEC) Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF). Ia merangkumi tiga komponen: ketelusan data; pendidikan dan kesedaran; dan proses pengantaraan.