Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

'Kedai mamak' berteknologi tinggi dilancar di Tampines

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

'Kedai mamak' berteknologi tinggi dilancar di Tampines

Apr 28, 2017 | 04:31 PM



KEDAI mamak yang sering terdapat di kolong blok HDB kini telah bertukar menjadi canggih dan berteknologi tinggi.

Ini selepas beberapa mesin layan diri diberi nama The Ma2 Shop telah menggantikan kedai tersebut di Blok 143, Tampines Street 12.

Ruang seluas 150 kaki persegi itu telah dibuka semalam, lapor The Straits Times.

Ia memuatkan enam mesin layan diri yang menjual makanan siap segera termasuk makanan Jepun dalam tin oden, snek, bekalan perubatan, minuman, barangan dapur dan barangan kecilan seperti aksesori rambut dan powerbank.

Mesin tersebut beroperasi 24-jam.

Tetapi mesin yang mengeluarkan makanan panas seperti nasi ayam dan spageti ketam cili akan hanya mula beroperasi pada 27 Mei ini.

Kesemua mesin tersebut menerima pembayaran tanpa tunai seperti kad kredit, kad EZ-link dan khidmat e-dompet seperti Apple Pay dan Samsung Pay.

The Ma2 Shop itu merupakan projek niaga usahasama antara rangkaian restoran No Signboard Seafood dengan syarikat logistik Goodpack.

Lima lagi cawangan akan dibuka menjelang 27 Mei ini, kesemuanya terletak di kolong blok flat HDB.

Sebuah cawangan di Blok 8 Holland Drive akan dibuka 5 Mei ini, sementara sebuah lagi di Blok 7 Lorong Lew Lian di Serangoon bermula 15 Mei.

Lokasi lain adalah di Blok 21 St George's Road dan Blok 693, Hougang Street 61. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >