AMALAN bank atau firma insurans mendekati pelanggan di pusat beli-belah atau tempat awam bagi menarik mereka mendapatkan kad kredit atau insurans akan lebih dikawal pada masa depan.
Di bawah satu saranan baru diperkenalkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), mereka perlu mematuhi garis panduan baru bagi membolehkan mereka memberikan pelanggan nasihat lebih rapi.