Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Kegiatan perkilangan meningkat enam bulan berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kegiatan perkilangan meningkat enam bulan berturut-turut

Mar 03, 2017 | 08:26 AM



KEGIATAN perkilangan Singapura meningkat enam bulan berturut-turut pada Februari, tetapi perlahan sedikit daripada Januari, sejajar dengan data perkilangan lebih meyakinkan di sebahagian besar rantau ini.



Indeks pengurus pembelian (PMI) - satu petanda awal perkilangan - mencatat bacaan 50.9 pada Februari, turun daripada bacaan 51 pada Januari.



Bacaan melebihi 50 mata menunjukkan pertumbuhan dalam sektor itu, manakala di bawah 50 menunjukkan penguncupan.



Awal minggu ini, China, Jepun dan Amerika Syarikat melaporkan angka PMI lebih kuat. Korea Selatan juga melaporkan angka eksport terbaiknya dalam tempoh lima tahun.



Bagaimanapun, Malaysia kekal dalam kawasan penguncupan.



Kemerosotan dalam bacaan terkini Singapura disebabkan kadar pertumbuhan lebih perlahan keluaran kilang, pesanan baru, eksport baru dan import lebih rendah, kata Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura, yang menyusun PMI.



Aspek paling cerah ialah pekerjaan perkilangan terus berkembang sedikit, meningkat kepada bacaan 50.3 pada Februari, daripada 50.2 pada Januari. Sebelum itu, ia menguncup sejak November 2014.



Yang paling lemah daripada PMI terbaru Singapura itu ialah kelompok elektronik, yang mempunyai bacaan 51.4, turun daripada 51.8 pada Januari.



Bagaimanapun, ahli ekonomi kekal yakin akan prospek pertumbuhan sektor perkilangan bagi sepanjang tahun ini (2017).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >