DARIPADA sebuah pelabuhan serantau kecil, pelabuhan PSA telah dirombak menjadi sebuah pelabuhan kedua tersibuk di dunia yang cukup kritikal sebagai penghubung Singapura dengan dunia luar, menurut Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Beliau berkata pembangunan pelabuhan Singapura dibina bukan berdasarkan 'nasib' tetapi perancangan jangka panjang, kerja keras dan kepimpinan yang baik.