Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kekal kesepakatan, perpaduan antara cabaran besar S'pura: DPM Heng

Cari jalan gerakkan warga huraikan masalah secara bersama juga antara cabaran negara, katanya kepada agensi berita Xinhua sempena rangka lawatan 8 hari ke China bermula semalam
May 23, 2019 | 05:30 AM



SALAH satu cabaran paling besar yang beliau hadapi sebagai timbalan perdana menteri Singapura ialah mengekalkan konsensus masyarakat yang negara telah capai sejauh ini dan mencari jalan untuk menggerakkan warganya menyelesaikan masalah secara bersama, kata Encik Heng Swee Keat.



Beliau menambah bahawa Singapura perlu menangani isu-isu serta-merta sedang pandangannya menjangkau tempoh jangka panjang.



Justeru, Singapura seharusnya dapat mengekalkan konsensus masyarakat yang telah diraih dalam tempoh kemerdekaan 50 tahun terakhir mengenai apa yang menjadi cabaran jangka pendek dan jangka panjangnya, kata beliau kepada agensi berita Xinhua dalam temu bual yang diterbitkan semalam sejurus tiba di Beijing bagi satu rangka lawatan selama seminggu ke China.



Singapura telah meraih kemakmuran kerana sejak kemerdekaan, ia dapat mencapai kesepakatan yang baik mengenai cabaran-cabaran ini, ujarnya.



Ditanya apakah cabaran terbesar beliau dalam memikul tugas sebagai timbalan perdana menteri baru Singapura, Encik Heng berkata ia adalah bagaimana mengekalkan kesepakatan ini dan mencari jalan untuk menggerakkan warga Singapura dalam menyelesaikan masalah secara bersama sambil mengekalkan perpaduan dan memandang ke hadapan.



Antara cabaran yang dihadapi Singapura adalah penduduk yang semakin menua, lantas menimbulkan persoalan bagaimana memastikan rakyat Singapura kekal produktif, hidup panjang, sihat dan dapat terus melakukan perkara yang mereka sukai.



Satu lagi adalah bagaimana mengubah ekonomi dalam masa berlakunya penurunan sokongan terhadap globalisasi, meskipun dunia telah menjadi sangat saling bergantung kerananya, ujar Encik Heng yang ditukil akhbar The Straits Times (ST).



Menurutnya, dalam pemerintah menangani segera cabaran-cabaran yang timbul, namun ia perlu berfikir jangka panjang dan kadang-kadang "melaksanakan dasar-dasar yang tidak begitu jelas atau memprihatinkan rakyat".



"Tetapi jika kita membuat penetapan yang betul sejak awal, saya fikir kita mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya,'' ujar Encik Heng yang juga bakal melawat Shanghai, Guangzhou, Shengzhen dan Hongkong.



Dalam masa perubahan besar pada automasi dan kerja, Singapura tidak mampu keterlaluan atau meremehkan kesan revolusi teknologi dan perlu mengamalkan pendekatan berpaksikan dasar-dasar yang berfungsi dalam jangka pendek dan panjang, katanya.



Encik Heng menambah bahawa beliau percaya perubahan teknologi boleh menjadi sumber daya maju untuk tahun-tahun mendatang, dengan syarat rakyat dan peniaga Singapura bersedia menempuh masa depan dengan yakin.



Menurut beliau, cabaran dan peluang yang tersedia hari ini jauh lebih besar - seperti skop kerjasama serantau yang lebih luas.



Sebagai contoh, Majlis Kerjasama Komprehensif Shanghai-Singapura (SSCCC) akan meneliti pelbagai saluran kerjasama, termasuk Inisiatif Belt and Road (BRI), rangkaian kewangan, serta bidang teknologi dan inovasi.



Encik Heng dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pertama majlis tersebut semasa lawatannya ke China ini, bersama dengan Datuk Bandar Ying Yong. SSCCC adalah majlis perniagaan kelapan antara Singapura dengan daerah-daerah peringkat provinsi di China.



Sebagai pengerusi bersama Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala (JCBC) yang akan berlangsung pada akhir tahun ini, Encik Heng berkata beliau berharap mesyuarat itu akan memberikan dorongan baru kepada hubungan Singapura-China.



Ini adalah tahun pertama Encik Heng mempengerusikan forum peringkat tertinggi antara Singapura dengan China ini dengan Naib Perdana Menteri Han Zheng, setelah mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1 Mei lalu.




"Tetapi jika kita membuat penetapan yang betul sejak awal, saya fikir kita mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya."
- DPM Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >